Friday, 19 October 2018

Drama Mocha Kau Bahagia 2 lakonan Syafiq Kyle dan Farah Nabilah

Drama pendek Mocha Kau Bahagia 2 telah mula bersiaran pada 15 Oktober lepas di TV3. Ditayangkan pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 9:50 malam, selama 10 minit setiap episod. Idea asal drama ini daripada Safwan My, Nabil Zamanhuri dan Michael Chang. Skrip nukilan Shahrulezad Mohameddin & Nazri M. Annuar dan pengarah Shahrulezad Mohameddin.

Drama Mocha Kau Bahagia 2

Para Pelakon

Syafiq Kyle, Farah Nabilah, Syafie Naswip, Eyra Hazali, Fatimah Abu Bakar, Vanidah Imran, Sharifah Aryana, Atiq Azman, Issey Fazlisham, Suehada Hamid, Nadia Brian, Fezrul Khan, Donna Muslim.

Lagu Tema/OST

Mocha Kau Bahagia - Amylea Azizan
Spektakular - The Times
Singapura-Kuala Lumpur - The Times

Sinopsis Mocha Kau Bahagia 2

Setelah tiga tahun, mereka kini lebih dewasa dan memikul tanggungjawab yang berbeza. Melur sudah bersedia untuk fasa seterusnya dalam hubungan mereka, namun Firdaus masih bersikap acuh tak acuh.

Akhir sekali, Jefri memberitahu sesuatu tentang Melur yang merunsingkan Firdaus. Setelah Firdaus mengetahui tentang Melur dipinang oleh seseorang, Firdaus sedar yang dia perlu lakukan sesuatu.

Adakah Firdaus mampu menambat hati Melur semula atau sebaliknya? Bagaimana pula dengan hubungan barista McCafe, Azlan (Syafie Naswip) dengan seorang gadis misteri bernama Erin (Eyra Hazali) yang selalu memesan Cappuccino? Adakah dia berjaya menambat hati gadis tersebut?

Versi Director's Cut


EmoticonEmoticon