Monday, 3 September 2018

Telefilem Viva Si Perigi lakonan Liyana Jasmay, Juliana Evans dan Amar Asyraf

Telefilem Viva Si Perigi bersiaran di Slot Luna ntv7 pada 2 September 2018 jam 8:30 malam. Diterbitkan Mermaid Studios Sdn Bhd, telefilem ini diarahkan oleh Yusry Abdul Halim.

viva si perigi

Para Pelakon

Liyana Jasmay, Juliana Evans, Amar Asyraf, Riz Amin, Zain Hamid, Khaty Azian, Adam Shahz, Nik Adam Mika.

Video


Sinopsis Viva Si Perigi

Vivi Syarina mengetuai mesyuarat penting di bilik serba canggih. Seorang yang cantik, bergaya, tegas, ditakuti dan disegani, Vivi bukan calang-calang wanita. Dia berjaya menjadi pegawai pemasaran di sebuah firma pengiklanan antarabangsa pada usia muda. Dia menjadi aset bagi kejayaan syarikat. Ramai pekerja ingin menjadi seperti Vivi, namun tidak semua mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan.

Laura adalah anak tunggal pasangan Kamal dan Ainon. Ainon merupakan isteri kedua Kamal. Raya tahun ini adalah giliran Kamal beraya dengan Munirah, iaitu isteri pertamanya. Oleh itu, Laura berpakat dengan Fahmi, iaitu anak sulung Munirah untuk merealisasikan impian Laura yang ingin beraya bersama-sama Kamal kerana setiap tahun, Kamal akan beraya bersama isteri pertamanya. Laura akan mencatat segala aktivitinya dalam bulan Ramadan dan rancangannya untuk beraya bersama Kamal dalam vlog.


EmoticonEmoticon