Monday, 3 September 2018

Telefilem Purnama lakonan Remy Ishak dan Azhan Rani

Telefilem Purnama ini ditayangkan khas sempena Hari kebangsaan Malaysia ke-61. Disiarkan pada Ahad, 2 September jam 9 malam di TV3. Merupakan terbitan Country & Universal Sdn Bhd dan diarahkan oleh Yeop Hitler.

telefilem purnama tv3

Para Pelakon

Remy Ishak, Azhan Rani, Kodi Rasheed, Eira Syazira, Zulkifli Ismail, Zainol Ismail.

Video


Sinopsis Telefilem Purnama

Mengisahkan keadaan Kampung Cenderang yang menerima ancaman komunis selama 14 hari. Kisah bermula selepas Anum menjadi saksi pertama melihat mayat kakaknya, Salmah digantung di sebatang pokok tidak jauh dari kampung berkenaan.

Sejak kejadian itu, Anum menjadi kurang waras manakala abang iparnya, Taib sangat marah. Taib tidak berpuas hati dan merancang untuk bertemu dengan pegawai Melayu meminta kemerdekaan kampung mereka. Kejadian itu menyebabkan Ketua Kampung, Haji Che Lah mengisytiharkan darurat.


EmoticonEmoticon