Friday, 7 September 2018

Video Teaser Minggu Akhir Cinta Bukan Kristal

Video Teaser Terbaru Cinta Bukan Kristal.

Kisah mengenai Aryana, gadis kampung yang tekad untuk mengubah nasib diri dengan berkahwin dengan lelaki kaya. Aryana mula mencari pekerjaan di Kuala Lumpur dan mengubah penampilan diri. Dia bertemu dengan Adrian Hilman semasa bekerja sebagai setiausaha Dato Manan. Terpikat dengan paras rupa serta, kesempurnaan hidup yang dimiliki oleh Adrian Hilman, Aryana tekad untuk mendekati lelaki itu biarpun dia tahu yang Adrian Hilman sudah bekeluarga.

Adrian suami yang sangat baik kepada isterinya, Sofea Darlina dan bapa yang penyayang kepada Danisya dan Hakim. Sofea dapat menghidu yang suaminya sedang bermain cinta dengan gadis muda. Namun, dia tidak cepat melatah. Atas pelbagai kejadian yang terjadi, Adrian mula tawar hati dengan Aryana dan dia sedar betapa ikhlasnya Sofea, namun dia hanya ada beberapa hari sebelum hari pertunangan mereka. Aryana diselebungi rasa bersalah, dan tekad meninggalkan Adrian. Adrian pula tenang dan menerima keputusan Aryana. Adrian kini sedar silapnya dan betapa tulusnya kasih Sofea, seorang isteri solehah yang tidak patut dilukainya.

cinta bukan kristal


EmoticonEmoticon