Thursday, 30 August 2018

Telefilem Syurga Di Hujung Jalan lakonan Aedil Putra dan Nazeera Sardi

Telefilem Syurga Di Hujung Jalan diterbitkan Primeworks Studios Sdn Bhd dan arahan pengarah Zulhuzaimy Marzuki.

syurga di hujung jalan tv3

Para Pelakon

Aedil Putra, Nazeera Sardi, Mawar Rashid, Zarina Zainuddin, Rafe Ghazali, Delimawati.


Sinopsis Syurga Di Hujung Jalan

Mengisahkan Zaliya, seorang pelajar pintar di sekolah namun kerana salah memilih rakan, hidupnya berubah. Dia ditangkap oleh polis kerana mengikut rakannya, Marini yang menjual dadah tanpa diketahui Zaliya. Malang bagi Zaliya, sudahlah terpaksa meringkuk di sekolah pemulihan akhlah, dia turut dibuang Salmah, ibunya sendiri yang malu dengan perbuatan Zaliya. Hidupnya juga tertekan dengan pandangan serong masyarakat sekeliling yang tidak henti berkata jahat padanya.

Setelah keluar daripada sekolah pemulihan akhlak, Zaliya menggunakan kemahiran menjahit yang telah dipelajari, untuk membuka perniagaan menjahit di kampung. Muncul pula Hadif, anak Haji Ramli yang jatuh hati dengan ketulusan Zaliya. Hadif meminang Zaliya dan tanpa persetujuan Zaliya, ibunya telah menerima pinangan tersebut, Muslihat di sebalik kesungguhan Haji Ramli ingin bermenantukan Zaliya rupanya palsu. Mampukah Zaliya mengharungi segala ujian dalam hidupnya itu?


EmoticonEmoticon