Thursday, 12 July 2018

Game Mak Cun's Adventure di Playstore dan Apple App

Game Mak Cun's Adventure oleh Media Prima Labs menerima sambutan hangat apabila dimuat turun sebanyak 250,000 kali sejak dilancarkan hujung Mei lalu.

game mak cun's adventure

Malah, permainan dinspirasikan daripada drama bersiri popular Mak Cun itu mencipta sejarah apabila mendapat lebih 100,000 muat turun dalam tempoh 10 hari pelancaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali berkata, aplikasi itu turut dimuat turun pengguna peranti mudah alih di Singapura, Brunei dan Indonesia.

"Pencapaian ini di luar jangkaan kerana pada mulanya, kami mensasarkan 100,000 muat turun untuk tempoh tiga bulan.

"Kejayaan itu tercapai dengan sokongan pemain dan pihak media," katanya.

Selain menyediakan masakan di warung Mak Cun, Rafiq berkata aplikasi itu kini memperkenalkan butik Mak Cun sebagai usaha Media Prima Labs menambah baik kandungan permainan.

"Kami mahu memberi kepuasan dan cabaran kepada pemain. Bagi Butik Mak Cun, pemain perlu melayan pelanggan yang datang membeli pakaian, aksesori dan barang kosmetik.

"Istimewanya, beberapa elemen budaya tempatan seperti Baju Kurung diselitkan dalam permainan ini," katanya.

Dalam pada itu, Media Prima Labs bakal memperkenalkan 30 tahap baru kemahiran memasak dalam permainan Mak Cun's Adventure, bulan depan.

Pemain kini boleh membeli 'coins" dan 'gems' bagi membolehkan mereka ke tahap seterusnya.

Mak Cun's Adventure boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store dan Apple App Store. - HMetro


EmoticonEmoticon