Thursday, 19 July 2018

Drama Sepenggal Puisi lakonan Zizan Razak dan Christine Hakim

Drama Sepenggal Puisi. Zizan Razak akan bergandingan dengan pelakon terkenal Indonesia, Christine Hakim, 62, dalam drama Sepenggal Puisi.

drama sepenggal puisi zizan razak

Drama lapan episod hasil kerjasama Astro dengan produksi Indonesia itu akan mendapat sentuhan pengarah filem Jenderal Soedirman, Viva Westi yang memulakan penggambaran sekitar Ogos nanti.

Zizan, 34, ketika ditemui berkata sukar untuk dia melepaskan peluang berlakon dengan pelakon berkaliber dan banyak pengalaman seperti Christine.

"Walau pun saya tahu Christine seorang pelakon 'method', tapi rugilah kalau saya menolak peluang itu.

"Apatah lagi, saya yakin dipilih membintangi Sepenggal Puisi kerana kesesuaian karekter saya dengan watak untuk drama itu.

"Ini kerana, melalui pengalaman saya bekerja dengan produksi Indonesia didapati pemilihan pelakon dibuat mengikut kesesuaian watak.

"Jadi, saya tidak gentar untuk berlakon dengan Christine kerana tahu watak yang akan dilakonkan itu kena dengan karekter saya," katanya.

Melakonkan watak serius dalam Sepenggal Puisi, Zizan berkata apa pun dia kini masih menunggu skrip dan belum boleh mengulas wataknya dengan teliti.

Terdahulu, Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak bekerjasama dengan pelakon dan penerbit, Raffi Ahmad untuk filem Peluang Ke Duda.

Menerusi filem komedi terbitan produksi milik Raffi itu, ia menjadi pembuka langkah Zizan melebarkan bakat lakonannya di negara jiran, Indonesia.


EmoticonEmoticon