Wednesday, 27 June 2018

Telefilem Mama Tak Akan Sama lakonan Idris Khan dan Nadiyah Shahab

Telefilem Mama Tak Akan Sama merupakan terbitan syarikat Qaisworks Sdn Bhd. Diarahkan oleh saudara Nizam Zakaria dan skrip gandingan Suhaila Kamsol & Asya Kamaruddin. Bersiaran pada 24 Jun 2018, Ahad jam 8.30 malam di Slot Luna ntv7.

mama tak akan sama

Para Pelakon

Idris Khan, Nadiyah Shahab, Farah Nadiah, Ikmal Amry.

Sinopsis Mama Tak Akan Sama

Anak tunggal yang rapat dengan ibunya itu tidak dapat menerima kenyataan dia sudah kehilangan ibu dalam sekelip mata. Bapanya, Fawas juga buntu dengan sikap Jihan. Walaupun kemalangan itu sudah dua tahun berlalu, namun Jihan masih murung.

Pelbagai cara dilakukan Fawas untuk menggembirakan Jihan dan membuatnya kembali seperti sediakala. Namun, semuanya tidak berhasil sehingga Fawas bertemu Nasha yang saling tak tumpah mirip arwah isterinya, Aleeya. Mereka berkenalan lalu saling jatuh cinta.

Suatu hari Fawas membawa Nasha berjumpa Jihan untuk memperkenalkan Jihan kepada bakal ibu barunya. Alangkah terkejutnya Jihan apabila melihat Nasha yang saling tak tumpah seperti wajah ibunya sehingga air matanya mencurah-curah. Nasha menjadi keliru dan cuba memujuk Jihan. Fawas memberitahu Nasha yang Jihan menghadapi masalah kemurungan selepas pemergian ibunya. Nasha langsung tidak tahu dia menyerupai wajah Alesya.


EmoticonEmoticon