Wednesday, 13 June 2018

Telefilem Di Penghujung Sujud lakonan Redza Rosli dan Ayda Jebat

Telefilem Di Penghujung Sujud akan disiarkan pada raya pertama, 15 Jun 2018 jam 2 petang di TV3. Terbitan syarikat Tanah Beris Film Production Sdn Bhd dan arahan pengarah Shuhaimi Lua.

di penghujung sujud tv3

Para Pelakon

Redza Rosli, Wan Maimunah, Ayda Jebat, Fezrul Khan, Ani Mayuni, Faez Nick.

Sinopsis Di Penghujung Sujud

Arif cacat di kaki kiri dan tangan kirinya tidak kuat akibat kemalangan motosikal semasa merempit beberapa tahun lalu. Dia tinggal bersama ibunya, Zainab yang semakin uzur. Abang dan kakaknya, Azmir dan Zureen bekerja di Kuala Lumpur sebagai doktor dan jarang menjenguk mereka di kampung.

Arif bekerja sebagai penjual burger dan sering menerima tomahan orang kampung kerana hidupnya tidak seperti adik beradiknya. Arif redha kerana kecacatan yang dia hadapi dan dia sanggup menjaga ibunya Zainab. Suatu hari, bekas kekasihnya datang menghantar kad kahwin kepadanya dan memerli dia masih di takuk yang lama.

Dia pulang ke rumah memberitahu ibunya, agar ampunkan dia kerana tidak pernah membanggakan ibunya, dan pada sujud yang terakhir waktu Subuh, dia berdoa agar ibunya kembali sihat. Namun, apa yang terjadi selepas itu?


EmoticonEmoticon