Sunday, 27 May 2018

Telefilem Cik Shopaholic lakonan Ungku Ismail Aziz dan Puteri Aisyah

Telefilem Cik Shopaholic ini merupakan terbutan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Diarahkan oleh Hadith Omar dan skrip dihasilkan Sharifah Abu Salem. Hari siaran pada Ahad, 27 Mei 2018 jam 8.30 malam di ntv7.

cik shopaholic

Para Pelakon

Ungku Ismail Aziz, Puteri Aisyah, Syerinie Myra, Sharifah Shahora, Hazwan Alif.

Sinopsis Cik Shopaholic

Razi, seorang yang cerewet dan sangat berkira dalam soal kewangan. Manakala Hezliza pula sangat boros dalam berbelanja. Keluarga mereka ingin menyatukan mereka agar dapat mengubah sikap masing-masing. Hezliza yang sudah terbiasa hidup senang merasakan terpaksa melakukan segala urusan rumahtangga sendirian setelah berkahwin tanpa pembantu rumah.

Razi menyedari, Hezliza mempunyai bakat dalam masakan. Mereka kemudiannya membuka restoran dan mempunyai ramai pelanggan. . Suatu hari, kekasih lama Razi ke restoran mereka dan cuba untuk rapat dengan Razi. Hezliza tertekan, dan di dalam diam dia kembali kepada perangai lamanya, kerana hanya membeli-belah sahaja yang dapat mengurangkan tekanannya.

Video Teaser


EmoticonEmoticon