Monday, 14 May 2018

Selamat Datang Ya Ramadhan, niat dan doa berbuka puasa

Salam Ramadhan Al Mubarak

Selamat menjalani puasa di bulan Ramadhan guys. Semoga ibadah kita diterima dan mendapat keredhan Allah. Amin.

Rukun Puasa

Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa daripada terbit matahari (Subuh) sehingga terbenam matahari (Maghrib). Berniat pada setiap malam sebelum terbit fajar.

Niat Puasa Di Bulan Ramadhan

Niat Puasa Harian

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam menunaikan fardu bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah ta'ala.

Niat Puasa Sebulan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah ta'ala.

Hikmah Berpuasa

  • Kesatuan hati umat
  • Mendekatkan diri kepada Allah
  • Separuh daripada sabar
  • Membersihkan jiwa
  • Menanam sifat kasih sayang
  • Menyihatkan tubuh
  • Menginsafi diri
  • Membanyakkan ibadah

Doa Berbuka Berpuasa


Doa berbuka puasa seorang


Ya Allah, bagi Engkaulah amalan puasaku ini, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezeki Engkaulah aku berbuka.

Doa berbuka puasa beramai-ramai


Ya Allah, bagi Engkaulah amalan puasa kami ini, kepada Engkaulah kami beriman dan dengan rezeki Engkaulah kami berbuka.

Darjat Puasa

Puasa orang awam

Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa sahaja.

Puasa orang khawas (muttaqin dan solihin)

Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa dan tidak melalukan maksiat zahir dan batin.

Puasa orang khawasul khawas (muqarrabin dan 'arifin)

Puasa seperti darjat 1 dan 2, ditambah menahan diri daripada memikirkan perkara yang melalaikan daripada mengingati Allah.

Adap Puasa

  1. Menjauhkan diri daripada maksiat
  2. Mengelakkan diri daripada perkara membatalkan puasa
  3. Menahan nafsu
  4. Bersederhana semasa berbuka
  5. Mengurangkan tidur
  6. Beribadat dengan bersungguh-sungguh
  7. Sentiasa berfikir tentang hikmah puasa

Sunat Puasa

  1. Bersahur
  2. Melewatkan sahur
  3. Menyegerakan berbuka
  4. Sahur dan berbuka dengan kurma
  5. Tidak bersugi selepas gelincir matahari
  6. Tadarus Al Quran
  7. I'tiqaf di masjid
  8. Bersedekah
  9. Menjauhi perkara sia-sia
  10. Solat terawih
  11. Mandi junub sebelum fajar
  12. Banyak berzikir
  13. Banyak Berdoa
  14. Banyak Beristighgar

Makruh Puasa

  1. Bersuntik
  2. Berbekam
  3. Berkumur-kumur
  4. Memasukkan air ke dalam ringga hidung
  5. Mandi berlebihan
  6. Merasa makanan
  7. Tidur berlebihan pada siang hari

Batal Puasa

  1. Makan atau minum dengan sengaja
  2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja
  3. Muntah dengan sengaja
  4. Keluar haid/nifas
  5. Gila
  6. Murtad
  7. Keluarkan mani dengan sengaja
  8. Bersetubuh


EmoticonEmoticon