Thursday, 17 May 2018

GST Mansuh Bermula 1 Jun 2018

GST Mansuh Bermula 1 Jun 2018. Kementerian Kewangan telah menetapkan bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di dalam Malaysia serta barang dan perkhidmatan yang diimport akan dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar, berkuat kuasa mulai 1 Jun ini.

GST mansuh


GST mula dikuatkuasakan dalam negara pada 1 April, 2015 pada kadar standard enam peratus.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementeran Kewangan berkata langkah pengenaan GST pada kadar sifar ini berkuat kuasa mulai 1 Jun 2018 dan terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumkan kelak.

"Penetapan tersebut tidak meliputi barang dan perkhidmatan yang disenaraikan di Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 yang kekal dikecualikan daripada GST. Sehubungan itu, semua peniaga yang berdaftar perlu mematuhi penetapan pengenaan kadar sifar ini.

"Pada masa sama, peniaga yang berdaftar juga masih tertakluk kepada semua peraturan semasa yang ditetapkan antaranya berkenaan pengeluaran inbois cukai, penghantaran penyata cukai dalam tempoh bercukai yang ditetapkan dan tuntutan kredit cukai input," katanya.

Selain itu, kementerian itu berkata peniaga juga perlu memastikan harga barang dan perkhidmatan yang ditetapkan adalah mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 setiap masa.

Untuk penjelasan lanjut, sila hubungi Jabatan Kastam Diraja Malaysia di talian 1 300 88 8500 atau 03-7806 7200 (Pusat Panggilan Kastam). - BERNAMA


EmoticonEmoticon