Wednesday, 2 May 2018

Drama Rahsia Hati Perempuan lakonan Hisyam Hamid dan Mira Filzah

Drama Rahsia Hati Perempuan akan mula ditayangkan pada Mei ini di Slot Megadrama Astro Ria. Dijangka selepas drama Mr. Grey. Bersiaran 24 episod drama ini diterbitkan Hyper Pictures Sdn Bhd dan arahan pengarah Michael Ang.

rahsia hati perempuan

Para Pelakon

Hisyam Hamid, Mira Filzah, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Eina Azman, Mak Wan, Fauziah Ahmad Daud, Lydiawati, Amir Nafis, Ziha Salleh, Duerra Mitilda, Redzwan Adha, Shah Faris.

Video Teaser Terbaru

Sinopsis Rahsia Hati Perempuan

Kisah cinta dan persahabatan. Kekasih dan pengorbanan.

Ilaina, Zayn dan Mikael bersahabat dari kecil dan terpisah bila Ilaina berpindah ke luar negara. Suatu hari Zayn dan Mikael pergi ke Australia untuk mengubati kekecewaan akibat perkahwinan yang tak jadi.

Ilaina dan Arissa telah menyelamatkan Mikael dan Zan yang sesat di kawasan perkhemahan. Ilaina bertemu semula dengan Zayn dan Mikael tetapi Ilaina tidak memberitahu mereka adalah kawan baik dari kecil.

Setelah mengetahui yang Ilaina adalah kawan baik mereka dari kecil, Mikael dan Zayn telah dijemput ke rumah Ilaina. Ibu Ilaina, Puan Suraya tidak senang dengan kehadiran Zayn dan Mikael.

Ilaina mengajak Arissa untuk pulang ke Malaysia walaupun di larang keras oleh Puan Suraya. Sekembalinya ke tanah air, Zayn ternampak bekas tunangnya dengan lelaki lain.

Poster rasmi drama Rahsia Hati Perempuan

Gambar Pelakon


Saksikan drama Rahsia Hati Perempuan pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di Asro Ria.

2 comments

Siapa tahu tajuk lagi part Zayn bilang Eli about Mika?

Stupid story..wasting time...all character so selfish..


EmoticonEmoticon