Monday, 7 May 2018

Drama Nur lakonan Shafiq Kyle dan Amyra Rosli

Drama Nur lakonan Shafiq Kyle dan Amyra Rosli ini akan memulakan episodnya pada 14 Mei, Isnin minggu depan. Bersiaran selama 19 episod di Slot Samarinda TV3. Drama Terbitan Radius One Sdn Bhd dan pengarah Shahrulezad Mohameddin.

drama nur

Para Pelakon

Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Nurkhiriah, Azhan Rani, Raja Atiq, Zaidi Omar, Laila Nasir, Elmy Moin, Kuna Muzani.

Sinopsis Nur

Datuk Ayah Haji Mohsen merupakan seorang penceramah bebas yang cukup terkenal. Dia selalu menjadi jemputan atau panel dalam program program agama negara. Malah Ayah Haji Mohsen mempunyai program agamanya sendiri di televisyen tempatan. Manakala Datin Ibu Hajah Musalmah merupakan seorang suri rumah yang berkaki sebelah akibat dari penyakit kencing manisnya.

Ibu Musalmah juga seorang wanita yang disanjung oleh masyarakat setempat. Dia selalu menjadi tempat rujukan masalah masalah kaum wanita. Ibu Musalmah selalu berada di sisi Ayah Haji. Selain dari itu Ayah Haji dan Ibu Hajah juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Siti Aishah yang menjadi pengurus karier ceramah ayahnya dan menantu Syed Hamadi (suami kepada Siti Aishah) yang dipertanggungjawabkan mengurus sekolah tahfiz kelolalaan Datuk Ayah Haji Mohsen sendiri.

Status ulamak selebriti yang disandang oleh Ayah Haji Mohsen benar benar meninggikan darjat statusnya di mata masyarakat. Selain dari Siti Aishah, Ayah Haji juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Adam yang menuntut di Timur Tengah dalam bidang usuluddin. Adam yang merupakan seorang ustaz muda juga seorang yang terkenal bukan saja kerana dia satu satunya anak lelaki tunggal pada pasangan penceramah selebriti ini tetapi dia juga terkenal di atas kekacakannya di laman laman sosial.

Pendek kata Ustaz Adam cukup terkenal di media sosial lantara keturunan, ilmu dan juga kekacakan peribadinya. Cerita bermula apabila Datuk Ayah Haji Mohsen mengadakan kenduri sempena kepulangan Adam dari belajar di Timur Tengah. Adam kini merupakan graduan Usuluddin yang bertauliah. Sekembalinya ke tanah air, pelbagai tawaran pekerjaan sedang menantinya lantaran populariti yang diraih sebagai anak lelaki tunggal Datuk Ayah Haji Mohsen itu.

Malah Ustaz Adam sendiri mempunyai pengikut atau peminat yang bukan sedikit di laman sosial. Dia di katakan bakal menggantikan tempat ayahnya seorang penceramah terkenal. Siti Aishah, kakaknya sendiri sedar akan potensi adik bungsunya menjadi terkenal seperti ayah mereka.

Untuk itu Siti Aishah mula grooming adiknya untuk mengantikan tempat ayahnya. Pelbagai televisyen programe deal dan endorsement telah berada di tangan Siti Aishah yang menjanjikan pulangan yang lumayan. Ustaz Adam dikatakan bakal menjadi ustaz muda yang terkenal suatu hari nanti mewarisi popularity ayahnya.

Tambah mengukuhkan status sosial keluarga mereka di mata masyarakat Ustaz Adam juga bakal ditunangkan dengan Qhadeeja, seorang doctor muda, anak seorang usahawan terkenal yang cukup rapat dengan golongan alim ulamak seperti Datuk Ayah Haji Mohsen. Kepulangan Adam ke tanah air disekalikan dengan majlis pertunangannya dengan Qhadeeja yang cantik manis orangnya. Maka popularity Ustaz Adam dan keluarga Datuk Ayah Haji Mohsen semakin dipandang masyakarat. Itu yang Aishah mahukan.

Status kealiman keluarga mereka terus dipelihari. Sebagai anak yang patuh dan akur Ustaz Adam tidak membantah dengan aturan yang dilakukan oleh kakaknya Aishah itu. Lagipun Qhadeeja sendiri seorang wanita yang cantik dan dari keturunan yang baik baik akhlaknya. Bagi menyiapkan Ustaz Adam dengan dunia ceramah selebritinya itu Aishah mula mendesakkan Adam agar berlatih berdepan dengan masyarakat dengan memberi kuliah subuh di kawasan berhampiran dengan rumah mereka lantaran Ustaz Adam seorang yang sangat pemalu.

Maka setiap pagi Ustaz Adam akan memberi kuliah subuh di masjid yang diaturkan oleh Aishah dan suaminya. Setiap kali kuliah subuh yang dianjurkan itu selalunya mendapat sambutan. Ustaz Adam kerap mendapat soalan soalan dari pengunjung. Tapi dalam banyak banyak soalan yang dia terima dia selalu mendapat satu soalan yang menyentak tangkai jantungnya. Soalan yang berkaitan dengan sifat Allah dan apa saja pasal kasih sayang Allah.

Tapi yang anehnya Adam tidak pernah mengenal siapa empunya soalan itu. Apa yang pasti soalan soalan itu muncul setelah di baca keratannya dari pengunjung. Dan bila ditanya siapa yang bagi soalan itu. tiada seorang yang mampu menjawabnya. Begitu lah pada setiap pagi sebelum subuh Adam pasti tertunggu tunggu soalan yang sedikit deep yang dibacakan pengunjung. Kadang kadang dia boleh jawab.

Kadang kadang dia tidak boleh jawab. Dan setiap kali dia gagal menjawab soalan soalan itu Adam akan bawak balik kerumah dan bincangkan soalan itu dengan ayahnya Datuk Ayah Haji Mohsen dan dia akan menjawabnya keesokkan harinya. Begitulah yang berlaku pada setiap pagi. Adam pasti ternanti nanti soalan soalan berkualiti yang dia tidak tahu dari siapa. Sehinggalah pada suatu hari sebelum sesi ceramah bermula air sembahyang Ustaz Adam terbatal.

Dia pun keluar dari masjid untuk mengambil air sembahyangnya semula. Ketika itu di depan bilik wudhuk itu dia terserempak dengan seorang wanita muda yang berbaju kurung kusam tapi tidak bertudung sedang tertunduk tunduk menulis sesuatu. Perempuan itu menarik perhatian Ustaz Adam dan dia cuba menegurnya.

“Assalamualaikum, Kenapa Cik tidak masuk ke dalam masjid? Kejap lagi kuliah akan bermula.” Zass! Sepantas kilat wanita itu berpaling dengan wajah pucat memandang Ustaz Adam. Dia panic dan terus bergegas pergi dari situ begitu saja meninggalkan soalan yang baru sempat di tulis separuh.

Ustaz Adam tersentak dan cuba memanggilnya. Namun wanita misteri itu terus hilang dari pandangan. Apa yang ditinggalkannya ialah sekeping soalan yang tertulis separuh. ‘Kalau Allah tu tidak zalim kenapa…’ Itu saja soalannya. Ustaz Adam tersentak dan mula bertanya siapakah gerangan wanita misteri itu? Kenapa dia tidak mahu masuk ke dalam masjid? Dan kenapa soalan nya itu tergantung begitu saja? Rasa ingin tahu Ustaz Adam semakin meluap luap. Bersambung.

Gambar Pelakon

drama nur

Saksikan kesudahan drama Nur yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3.


1 comments so far

x suka pulak tgk watak kakak adam ni. Selfish pun ada.


EmoticonEmoticon