Thursday, 10 May 2018

Drama Halalkan Hati Yang Kucuri lakonan Aliff Aziz dan Farah Nabilah

Drama Halalkan Hati Yang Kucuri akan menggantikan Cinta Fatamorgana bermula 23 Mei ini. Bersiaran 27 episod di Slot Akasia TV3. Drama ini diterbikan Country & Universal Sdn Bhd dan merupakan adaptasi novel karya Mia Kiff. Skrip dihasilkan oleh Mufid Suhaimi dan arahan pengarah Hashim Rejab.

halalkan hati yang kucuri

Para Pelakon

Aliff Aziz, Farah Nabilah, Shah Iskandar, Mimi Lana, Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Azri Iskandar, Afique Hussain, Alex Afian, Anne Abdullah, Zulkifli Ismail, Zarina Zainuddin, Azhan Rani.

Episod 27


Lagu Tema/OST

Siti Sarah - Semakin

Sinopsis Halalkan Hati Yang Kucuri

Faiq dan Delisha, pasangan suami isteri yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah.

Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit pula kian habis. Akhirnya, hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai.

Apa sahaja kerja termasuk kerja yang mereka pandang hina suatu ketika dulu rela dilakukan demi sesuap nasi. Tak kesahlah tukang cuci ke, buruh kontrak ke, pekerja kafe hatta pengawal keselamatan sekalipun mereka sanggup.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, sama juga dengan hidup Faiq dan Delisha. Ujian itu pasti singgah dalam apa jua keadaan, namun mampukah mereka menempuhi ujian-ujian yang mendatang bersama? Masih ada atau tidak peluang untuk bertemu keluarga mereka yang hilang, dan apa reaksi mereka apabila melihat keadaan Faiq dan Delisha ketika itu?

Video Teaser


Gambar Pelakon

halalkan hati yang kucuri

halalkan hati yang kucuri

halalkan hati yang kucuri


Jangan lupa saksikan kesudahan drama Halalkan Hati Yang Kucuri ini pada setiap hari Isnin hingga jumaat jam 7 malam di TV3.


EmoticonEmoticon