Sunday, 4 June 2017

Video dan Lirik Lagu Aku Negaraku

Lagu Aku Negaraku telah menjadi sebagai lagu wajib perhimpunan mingguan sekolah yang baru bermula dari tarikh 22 Mei 2017. Di bawah dikongsikan lirik lagu Aku Negaraku termasuk video nyanyian serta link download untuk panduan guru dan juga pelajar.

Lagu Aku Negaraku


Lagu Aku Negaraku perlu dinyanyikan bersama lagu kebangsaan, negeri dan sekolah masing-masing sebagai lagu wajib perhimpunan mingguan sekolah. Aku Negaraku adalah sebuah lagu yang berentak kontemporari. Lagu adalah ciptaan komposer Audi Mok dan lirik oleh Shazree Ishak. Lagu adalah nyanyian penyanyi Aizat Amdan Dan Suki.

Penambahan lagu Aku Negaraku sebagai lagu wajib adalah bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan Malaysia dikalangan rakyat Malaysia. Ianya merupakan sebahagian dari satu inisiatif program Negaraku yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Video Lagu Aku Negaraku

Aku Negaraku

Ku sedar tanah air aku bertuah
Di sini tempatku berjasa
Ku sedar sempurna hidupku di sini
Malaysia ku terhutang budi

[Chorus]

Aku Negaraku
Aku Negaraku
Sememangnya Negaraku maju
Negaraku tanah tumpah darahku

Aku Negaraku

Di hatiku negaraku
Selamanya aku negaraku
Satu
Negaraku tanah tumpah darahku

Kita bersama membina masa depan

Semangat setinggi angkasa
Kita bersama bersyukur pada Tuhan
KepadaNYA kita berserah

Ulang [Chorus]

Ku laungkan namamu ke seluruh dunia
Malaysia aku bahagia

Ulang [Chorus]

Aku Negaraku


Download Lagu Aku Negaraku

Sila klik link untuk memuat turun lagu dalam pelbagai versi.

This Is The Oldest Page


EmoticonEmoticon