Sunday, 11 June 2017

Cara Semak Permohonan Kad Debit Diskaun Siswa 1 Malaysia KADS1M

Laman web untuk semakan permohonan Kad Debit Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M)
https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/

  1. Masukkan nombor kad pengenalan
  2. Klik butang semak

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

Cara Mengambil KADS1M

Pelajar boleh mengambilnya di Cawangan Bank Rakyat di seluruh negara berdasarkan maklumat yang didapati semasa membuat semakan.
  1. MyKad (Asal & 1 Salinan)
  2. Kad Pelajar (Asal & 1 Salinan)
  3. Surat Kebenaran dari Ibu/ Bapa/ Penjaga
  4. Satu (1) Salinan MyKad Ibu/ Bapa/ Penjaga
  5. Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat Pelajar/ Pelanggan (Asal & 1 Salinan)



Kenyataan Media dari Kementerian Pendidikan Tinggi




Kelebihan Kad Debit Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M)

Kad Debit-i Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M Debit-i) adalah merupakan kad yang memberi kemudahan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menerima diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan daripada Rakan Dagang terpilih. Selain itu, KADS1M Debit-i ini juga bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup dan beban pelajar.
  • MUDAH : 1 Kad untuk urusan pembelian, pembayaran dan pengeluaran tunai melalui Akaun Simpanan-i.
  • SELAMAT : Alternatif terbaik kepada tunai untuk transaksi pembelian secara konvensional ataupun atas talian.
  • JIMAT : Pelbagai diskaun dan promosi dari rakan dagang yang berdaftar di bawah KPDNKK, Bank Rakyat dan MasterCard.
  • 6% GST tidak dikenakan untuk Yuran Tahunan & transaksi di semua mesin ATM Bank Rakyat.
  • Transaksi tanpa tunai (cashless transactions) untuk sebarang urusan harian.
  • Nikmati diskaun dan rebat tambahan daripada promosi rakan dagang yang berdaftar di bawah KPDNKK, Bank Rakyat dan juga MasterCard.
  • 3-dalam-1: Kad Debit, Kad Atm dan Kad Diskaun.
  • Berkonsepkan Syariah.
  • Tiada Riba' dan Gharar.
  • Tiada kadar tambahan untuk transaksi luar Negara.
  • Transaksi Tanpa Sentuh (Contactless).
  • Notifikasi melalui SMS untuk setiap transaksi debit yang mencurigakan
  • Transaksi atas talian yang lebih selamat dengan One Time Password (OTP).



EmoticonEmoticon