Monday, 3 December 2018

Drama Cekelat Honey lakonan Siti Nordiana, Fikry Ibrahim dan Zarul Husin

Saksikan drama Cekelat Honey lakonan Siti Nordiana, Fikry Ibrahim dan Zarul Husin bermula pada 4 Disember ini. Bersiaran di saluran Astro Citra 131 dan HD 126, jam 9 malam setiap hari Selasa hingga Khamis. Drama ini diterbitkan Nad's Media Productions, skrip Siti Jasmina Ibrahim dan arahan pengarah hadith Omar.

drama cekelat honey

Para Pelakon

Fikry Ibrahim, Siti Nordiana, Zarul Husin, Zulin Aziz, Intan Sarafina, Nonny Nadirah, Syura, Azhar Sulaiman, Fauziah Nawi, Dafi.


Sinopsis Cekelat Honey

Kerana tertekan setelah bercerai dengan Danial, Maya mula mengabaikan kafe hingga menyebabkan Adam dan Rayyan jadi terganggu kerana tidak dapat menikmati makanan kegemaran mereka.

Gambar Pelakon

pelakon drama cekelat honey

Jangan lupa tengok guys, siaran drama Cekelat Honey ini pada setiap Selasa - Khamis, 10.00 malam di Astro Citra yo!.

Wednesday, 28 November 2018

Drama Terbaik Dariku lakonan Syazuwan Hassan dan Zara Zya

Terbaru di Slot Samarinda TV3, drama Terbaik Dariku mula bersiaran pada 14 November lepas. Bersiaran selama 15 episod, hari Isnin hingga Rabu setiap minggu, jam 10 malam. Terbitan Layar Ceritera Sdn Bhd, idea asal Lily Suhana, skrip oleh Adza Emie dan arahan pengarah popular Along Kamaludin.

drama terbaik dariku

Para Pelakon

Syazuwan Hassan, Zara Zya, Hanna Aqeela, Azri Iskandar, Dilla Ahmad, Adam Corrie, Fadilah Mansor, Ikhlas Jalil, Azar Azmi, Ainina Ahmad, Adrea Abdul, Amirul Faqeem, Aisyah Kamaludin, Sabhi Saddi, Aleza Shadan, Shamiela.

Lagu Tema/OST

Tajuk: Tiada Dendam
Penyanyi: Zara Zya
Komposer: Lieynur Liey & Fauzi Aisunam

Sinopsis Terbaik Dariku

Mengisahkan seorang wanita yang tersepit antara impiannya untuk memiliki cinta suaminya dan menerima realiti suaminya menyintai perempuan lain. Aisyah mengahwini Taufiq kerana menyangkakan suaminya itu ikhlas terhadapnya. Sebenarnya, Taufiq tidak pernah menyintai Aisyah. Sebaliknya Taufiq hanya mempergunakan Aisyah atas desakan ibunya, Saodah yang mahu menumpang kesenangan yang dimiliki Aisyah.

Dalam diam, Taufiq mempunyai seorang isteri lain bernama Suraya (Azar Azmi) yang dikahwininya sebulan selepas pernikahannya dengan Aisyah. Taufik bijak menyembunyikan perkahwinannya itu sehingga tidak dapat langsung dihidu oleh Aisyah. Taufiq sering memburukkan Aisyah di hadapan Suraya.

Dia sering mengadu dia tidak bahagia dengan Aisyah dan betapa dia cuba menjaga hati Aisyah tetapi Aisyah tidak menghormatinya sebagai suami malah katanya, Aisyah memperkecilkan dirinya sebagai lelaki yang berasal dari kampung dan miskin. Semua rekaan cerita ini menyebabkan Suraya bencikan Aisyah. Seringkali Suraya mendesak supaya Taufiq menceraikan Aisyah tetapi Taufiq masih lagi tidak mahu melepaskan Aisyah.

Kehadiran Zaharah, seorang gadis yang diselamatkan oleh Aisyah kerana melarikan diri daripada dijual ayahnya kepada lelaki yang tak dikenali tidak disukai Taufiq dan Saodah. Mereka berasa sangsi dengan kata-kata Zaharah, lebih-lebih lagi Saodah. Saodah tidak mahu Zaharah menjadi penghalang untuk dia menikmati kesenangan harta Aisyah.

Saodah kemudiannya menghalau Zaharah. Aisyah nekad untuk mencari Zaharah. Kehilangan Zaharah mengimbau kembali memori Aisyah akan satu peristiwa hitam yang terjadi kepadanya sewaktu kecil.

Apakah sebenarnya yang terjadi sehingga Aisyah bersungguh mahu menjejaki Zaharah? Adakah pembohongan Taufiq akan terbongkar?

Gambar Pelakon

pelakon drama terbaik dariku


Saksikan kesudahan drama Terbaik Dariku pada hari Isni hingga Rabu, 10 malam di Slot Samarinda TV3.

Sunday, 25 November 2018

Takwim Persekolahan 2019

Berikut merupakan jadual / takwim persekolahan, cuti perayaan, peperisaan dan tarikh pengumuman bagi tahun hadapan, 2019. Bagi para guru dan ibu bapa yang mempunya anak bersekolah, maklumat ini amat berguna bagi mereka untuk membuat perancangan awal. Selamat bercuti sekolah semua yeahh!

Takwim Persekolahan 2019
Takwim Persekolahan 2019

Analisis Cuti Perayaan 2019

Analisis Cuti Perayaan 2019

Takwim Peperiksaan 2019

Takwim Pengumuman Keputusan
Takwim Pengumuman Keputusan

Saturday, 24 November 2018

Cerekarama Cermin Kasih lakonan Tiz Zaqyah dan Shahiezy Sam

Saksikan telefilem Cermin Kasih di slot Cerekarama TV3, pada Sabtu 24/11/2018, 9 malam. Pernah ditayangkan pada 2015 lalu. Telefilem ini diterbitakan oleh Azrie Zaharie Production Sdn Bhd, skrip Kip Noradlie dan diarahkan pengarah Murali Abdullah.


Para Pelakon

Tiz Zaqyah, Shahiezy Sam, Fazlina Ahmad Daud, Raja Ilya, Sri Nurmannis Norhazman, Alif Hilman, Mak Engku.


Sinopsis Cermin Kasih

Mengisahkan Marina (Tiz Zaqyah) anak tunggal kepada Pak Hamdan dan Mak Jah yang berkahwin dengan Amran (Shaheizy Sam) atas pilihan keluarga. Marina merasakan Amran seorang suami yang romantik dan pandai mengambil hatinya. Rumah tangga mereka amat membahagiakan kerana Marina ditatang bagai minyak penuh dan diberikan kemewahan tanpa dia mengetahui pekerjaan sebenar Amran sehinggalah pada suatu hari dia terjumpa dadah kepunyaan Amran. Barulah Marina mengetahui bawaha Amran adalah seorang pengedar dadah.

Marina mahu meninggalkan Amran. Oleh kerana terlalu sayangkan isterinya, Amran menyuntik Marina dengan dadah sehingga mengheret Tina ke dalam kancah penagihan dadah. Marina terus setia bersama Amran bukan lagi kerana mencintai suaminya itu, tetapi kerana dia perlukan bekalan dadah. Apabila rumah mereka diserbu, Amran ditembak mati manakala Marina diberkas Polis. Marina terpaksa menanggung derita menjalani hukuman penjara dalam masa sama dia sedang hamil dan terpaksa melahir dan membesarkan anaknya di sebalik tirai cermin.

12 Lagu ke Anugerah Juara Lagu (AJL 33)

12 Lagu ke Anugerah Juara Lagu (AJL 33). Keputusan berkenaan diumumkan pada minggu ketiga pertandingan Separuh Akhir Muzik Muzik 33 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, malam ini.

AJL33

Program separuh akhir rancangan hiburan popular itu yang bersiaran selama tiga minggu berturut-turut, bermula 22 November lalu, menyaksikan 30 lagu berentap merebut tempat ke AJL 33.

Karya pada peringkat separuh akhir dinilai oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Mokhzani Ismail selaku Ketua Juri, Helen Yap, Edrie Hashim, Ajai, Azmeer, Lok U dan Cat Farish.

Dihoskan oleh Haziq Hussni dan Sherry Alhadad, rancangan berkenaan turut disiarkan secara langsung di portal video tonton (www.tonton.com.my) dan youtube @TV3Malaysia.

Senarai Lagu ke AJL33

1. Siti Sarah - Semakin
2. Ara Johari - Bunga
3. Syamel - Kau Pun Sama
4. Misha Omar - Sampai Bila
5. Hael Husaini & Dayang - Haram
6. Khai Bahar - Luluh
7. Altimet - Bunga
8. Haqiem Rusli ft Amanra - Jatuh Bangun
9. Amylea & Kaer - Tak Pernah Hilang
10. Hael Husaini - Hajat
11. Sufian Suhaimi - Di Matamu
12. Siti Nordiana & Jaclyn Victor - Nisan Cinta

Wednesday, 21 November 2018

Drama Raisha 2 lakonan Diana Danielle dan Hafidz Roshdi

Saksikan drama Raisha 2 yang bersiaran 12 episod dibawakan khas oleh tonton original series. Terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd, skrip oleh Mufid Shuhaimi dan arahan pengarah Nizam Zakaria.

drama raisha 2

Para Pelakon

Hafidz Roshdi, Diana Danielle, Fadlan Hazim, Azrel Ismail, Hafreez Adam, Mawar Rashid, Reen Rahim, Ridzuan Hashim, Aisyah Atan, Tunku Hanis, Rayyan Nur Iman.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12

Sinopsis Raisha 2

Raisha biarpun telah mendirikan rumahtangga bersama Fuad namun hatinya masih mahu menjadi seorang pelakon popular.

Gambar Pelakon

pelakon raisha 2

Sunday, 18 November 2018

Telefilem Cinta Elevator lakonan Beto Kusyairy dan Jasmine Suraya

Saksikan telefilem romatik komedi Cinta Elevator pada Sabtu minggu depan 24 November jam 9 malam di saluran Astro Citra 131 dan HD 126. Terbitan Celebrate TV Sdn Bhd, idea asal Faiz Munir, skrip Bainun Waheeda dan diarahkan oleh Ariff Zulkarnain.

telefilem cinta elevator

Para Pelakon

Beto Kusyairy, Jasmine Suraya, Aloy Paradoks, Marsha Mmilan, Mustaqim Mohamed, Bidin Al-Zaifa, Hefny Sahad, Dian P Ramlee dan ramai lagi.


Sinopsis Cinta Elevator

Apabila 2 insan berlainan darjat dan profesion bertemu di dalam sebuah lif, pelbagai persepsi timbul di fikiran mereka, sehinggalah mereka berdua ditakdirkan terperangkap di dalam lif.

Video Promo



Gambar Pelakon

gambar pelakon telefilem cinta elevator